KUMPULAN 5
Selamat datang ke Blog Analisis Wacana Bahasa Melayu. Semoga perkongsian maklumat di dalam blog ini dapat membantu anda. Terima kasih!
KUMPULAN 5
TAUTAN (KOHESI)
Istilah tautan digunakan bagi merujuk kepada “cohesion” dalam
bahasa Inggerisnya. Istilah-istilah lain yang sinonim dengan tautan ini yang
sering digunakan ialah seperti tetenunan, kohesi, kepaduan dan pautan. Tautan
bermaksud keserasian hubungan antara unsur yang satu dengan unsur yang lain
dalam wacana sehingga terciptalah koherensi. Menurut Sanat Md. Nasir (2002)
Tautan bermaksud hubungan antara sesuatu unit teks yang lain melalui peranti
tautan. Hubungan bentuk linguistik ini boleh berlaku secara hubungan semantik. Unit
Teks bermaksud unit yang secara tulisannya sebagai satu ayat yang awal dan akhirnya
ditandai dengan titik atau awal dan yang akhirnya dengan huruf besar. Peranti
tautan pula merujuk kepada jenis tautan yang membentuk teks. Model Tautan Pindaan
( Sanat Md. Nasir, 2002) mengkategorikan tautan kepada tiga jenis utama,iaitu
Tautan Perulangan, Tautan Kolokasi, dan Tautan Penghubung Ayat.
1. Tautan perulangan
Tautan perulangan menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur
linguistik yang berulang atau dari segi makna, unsur itu yang berulang atau
kedua-duanya sekali. Ciri yang sedemikian termasuklah fungsi yang terlibat
untuk memperincikan tautan perulangan kepada tujuh jenis, iaitu:
a ) Tautan perulangan rujukan
Perulangan rujukan dibezakan daripada yang lainnya dari segi
semantik. Unsur yang berhubungan dikaitkan kerana adanya makna rujukan itu
walaupun bentuk unsur itu tidak sama. Tautan perulangan rujukan ini boleh
disubkategorikan kepada jenis yanglebih kecil, iaitu perulangan rujukan peribadi,
rujukan tunjuk dan rujukan bandingan. Contoh ayat:
i. Aina suka memasak.
ii. Dia juga sering ke pasar.
b) Tautan perulangan penggantian
Tautan ini berbeza dengan jenis yang lain dari segi kriteria
tatabahasa dan semantik. Tautan perulangan ini bercirikan tatabahasa berbanding
dengan tautan perulangan rujukan. Unsur yang menggantikan dalam tautan
penggantian mengekalkan golongan tatabahasa atau tidak mengubah struktur yang
digantikan.Unsur ini sebagai pancang kepada yang digantikan. erulangan dalam
konteks penggantian ini ialah perulangan makna. Tautan perulangan penggantian
ini boleh disubkategorikan kepada yang lebih kecil, iaitu penggantian namaan,
penggantiaan karyaan dan penggantian klausaan. Contoh ayat:
i. Wacana ialah sesuatu perkara yang melebihi batas ayat
seperti teks.
ii. Demikianlah jawapan Encik Asmadi sebagai menjawab soalan
para pelajarnya.
C ) Tautan perulangan ellipsis
Tautan ini menyerupai perulangan penggantian seperti yang
disebutkan sebelum ini,iaitu dari segi kriteria dan penjenisannya. Unsur yang
digugurkan dalam ayat dapat diinterprestasikan berdasarkan unsur yang
mendahuluinya. Justeru, ia dinamakan penggantian kosong yang menggunakan simbol
Ø. Contoh ayat:
i. Saya telah memperdengarkan bacaan al-Quran di tiga buah
negara luar iaitu Australia, Afrika dan Pakistan.
ii. Saya berharap dapat memperdengarkan bacaan Ø ke lebih banyak
negara. Kata Azmi lagi.
d) Tautan perulangan leksikal
Tautan ini dibezakan dengan yang lain dari segi kriteria bentuk
leksikal dan makna. Bentuk yang diulang itu mungkin sama atau mempunyai akar
kata yang sama, yang bersinonim atau kata umum. Contoh ayat:
i. Stadium di IPG Kampus Kota Kinabalu kini hanya membabitkan
kerja-kerja akhir seperti pemasangan lampu, papan markah elektronik dan
mengindahkan lanskap.
ii. Saya gembira dengan perkembangan pembinaan stadium kini melibatkan
maslah kecil sahaja. Kata Pengarah IPG Kota Kinabalu.
e) Tautan perulangan Prafrasa
Tautan ini merujuk kepada perulangan makna yang sama dan bukan
bertaraf leksikal, tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah
ayat. Ia dibezakan dari segi bentuk susunan unsur yang bertaut itu. Contohnya
ayat:
i. Bidang kejurulatihan dan pengadilan ditawarkan buat bekas gimnas
artistic negara, Aizati Dawi kecimpung dalam sukan ini pada masa depan.
ii. Nama atlit itu dicadangkan untuk menyertai kursus kepengadilan
bagi Asia Tenggara sebagai persediaan menjadi pengadil pada masa-masa akan
datang.
f) Tautan perulangan paralelisme
Tautan ini merupakan pertentangan kepada perulangan parafrasa.
Tautan ini merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur yang bertaut,
tetapi mempunyai makna yang berlainan. Unsur yang bertaut ini bukan bersifat
leksikal, tetapi sekadar antara ayat atau unit teks yang singkat atau subjek
dan predikat sesuatu ayat sehingga terasa hubungan itu sesuatu yang bermakna.
Contohnya ayat:
i. Sekurang-kurangnya 100 orang maut apabila satu kebakaran
berlaku di sebuah kedai makan di Jerman.
ii. Sekeluarga yang terdiri daripada sembilan orang maut apabila
satukebakaran berlaku di sebuah banglo di Jalan Petaling Jaya.
g) Tautan perulangan struktur dan makna yang sama
Tautan perulangan ini merujuk kepada unsur yang bertaut bukan
bertaraf leksikal,tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat. Tautan jenis ini
menunjukkan persamaan dari segi bentuk susunan dan makna. Tautan ini menyatukan
aspek tertentu parafrasa dan paralelisme. Contohnya ayat:
i. Persidangan terbesar bandar pintar pernah diadakan bagi meningkatkan
perkhidmatan pelbagai jabatan kerajaan yang menjagakepentingan penduduk setempat.
ii. Persidangan itu bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan
berbagai-bagai jabatan kerajaan yang menjaga kepentinga penduduk setempat dan
para pelancong.
2. Tautan kolokasi
Tautan kolokasi
tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang bentuk dan makna.Tautan jenis ini
merujuk kepada konteksnya, iaitu kehadiran sesuatu linguistik dengan yang lain
antara dua unit teks. Kehadiran ini melibatkan domain makna. Dengan berdasarkan
domain makna inilah kehadiran unsur linguistik yang terlibat diperincikan kepada
empat jenis, iaitu:
a) Tautan kolokasi antonim
Tautan ini menunjukkan kehadiran unsur tautan yang bercirikan makna
yangberlawanan. Contohnya ayat:
i. Industri perindustrian tempatan masa kini semakin
diperakui diperingkat antarabangsa.
ii. Berbanding pada masa dahulu industri ini kurang mendapat
tempat.
b) Tautan kolokasi kohiponiman
Tautan ini merujuk kepada kehadiran hubungan makna unsur pada
peringkat superordinate dengan ordinatnya atau antara hiponima atau termasuk
meronimi, yakni hubungan unsur yang sebahagian yang menyeluruh atau antara
unsur sebahagian daripada entiti yang menyeluruh. Contoh ayat:
i. Program tuisyen mata pelajaran utama bertujuan untuk
membantupelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.
ii. Pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik Sains dan
Bahasa Inggeris disarankan untuk menghadiri tuisyen itu secara percuma.
c) Tautan Kolokasi HasilTautan ini melibatkan kehadiran
hubungan makna unsur tautan yang satumenghasilkan yang lain atau unsur yang
dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.Contohnya ayat:
i. Kanak- kanak berusia lima tahun nyaris putus tiga jari tangan
kananapabila mercun bola yang dipasangkan meletup secara tiba- tiba.
ii. Kejadian berlaku kerana ada ibu bapa yang berpendapat
bahawapermainan bunga api dan mercun merupakan satu kemestian padasetiap kali
perayaan
d) Tautan kolokasi sifat
Tautan ini merujuk kepada kehadiran hubungan makna antara unsur
tautan yangmenjadi punca sifat dengan unsur sifat atau unsur sifat daripada
entiti punca sifat. Contoh ayat:
i. Kempen mengharamkan sajian makanan haram bersama
minumanhalal yang lain kepada pengunjung Muslim telah diadakan secarabesar-
besaran di negara itu.
ii. Pihak hotel perlu peka bahawa Islam melarang umatnya
makanmakanan yang memudaratkan bagi menjamin akhlak yang terpuji.
3. Tautan penghubung ayat
Tautan penghubung ayat ditentukan dengan melihat fungsi unsur
linguistik itu.Penghubung itu berperanan untuk menghubungkan antara unsur
linguistik, iaitu unitteks sebelum dan yang sesudahnya. Penghubung itu sendiri
bukan unsur tautan, tetapisebagai menghubungkan unit teks. Dengan berdasarkan
kriteria makna, penghubungayat itu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
a) Tautan penghubung ayat tambahan
Penghubung ayat tambahan merupakan inti atau butiran yang
memberikan tambahan kepada sesuatu perkara yang diutarakan oleh
penyampai. Contoh ayat:
i. “Milah amat menyayangi anaknya, Fiza, justeru merancang
untuk memberikannya seutas rantai emas.”
b) Tautan penghubung ayat tentangan
Penghubung ayat jenis ini ialah pernyataan yang berlawanan atau
bertentangan. Hal ini boleh dilihat dengan jelas melalui kata hubung yang
menunjukkan kontra. Contoh ayat:
i. “ Anita bercadang untuk tinggal di Amerika dalam tempoh
yang lebih lama tetap ibunya menyuruh dia pulang ke tanahair
untuk menguruskan syarikat mereka.”
c) Tautan penghubung ayat sebab-musabab
Jenis penghubung ayat ini menggabungkan dua unsur yang berkaitan. Contoh
ayat:
i. “Mizan telah menyedari akan kesilapannya yang selalu bercakap
kasar terhadap ayahnya. Oleh itu,
dia bergegas pulang ke kampung untuk memohon maaf.”
d) Tautan penghubung ayat waktu
Penghubung ayat jenis ini merujuk kepada pertautan yang
melambangkan tempoh, jangka masa, atau waktu. Contoh ayat:
i. “Sebelum ini, rumah tersebut kelihatan sangat
cantik.”
e) Tautan penghubung ayat terusan
Penghubung jenis ini tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis
penghubung ayat yang dibincangkan sebelum ini. Contoh ayat:
i. “Kini, sudah dua tahun kapal terbang MH370 hilang
daripada radar"
RUNTUTAN (KOHEREN)
Runtutan ini dikatakan sebagai perantaraan gagasan idea yang
menunjukkan sesuatu idea atau fikiran yang dijalin dalam sebuah cerita atau
peristiwa untuk membentuk sesuatu teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan
itu pula semestinya mempunyai makna. Maka, erti makna di sini adalah merujuk
kepada suatu objektif medium untuk menyampaikan bahasa atau tanda-tanda lain
untuk mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang sebenarnya dalam sesebuah teks.
1. Penanda penghubung
Penanda penghubung merupakan perkataan atau frasa yang
menghubungkan sesuatu maklumat dengan makumat yang lain dalam wacana. Penanda
ini dibahagikan kepada empat iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan,
penghubung musabab dan penghubung tempoh.
a) Penghubung tambahan
Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat
tambahan kepada sesuatu perkata yang ingin diperkatakan sebelumnya.
Contoh: dan, lalu, malaha , lebih-lebih lagi, tambahan pula, di
samping itu, selain itu, selanjutnya, lagipun, juga.
b) Penghubung tentangan
Penghubung tentangan merupakan penghubung yang menujukkan
pertentangan maklumat antara suatu yang baharu dengan yang sebelumnya dalam
wacana yang sama.
Contoh: tetapi, namun, sebaliknya, namun begitu, walau bagaimapun,
namun demikian, jika tidak.
c) Penghubung musabab
Penghubung musabab atau akibat adalah penanda wacana yang merupakan
sebab berlakunya sesuatu.
Contoh: kerana, oleh hal demikian, dengan itu, oleh sebab, maka
itu, oleh itu, dengan yang demikian, jadi, sebagai akibatnya.
d) Penghubung tempoh
Penghubung tempoh merupakan penanda penghubung yang menunjukkan
urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.
Contoh: pertamanya, seterusnya, kemudian, selepas itu, selanjutnya,
maka, akhirnya, berikutnya, sekarang, pada masa itu, pada ketika itu, pada masa
sekarang.
1. Penanda rujukan
Penanda rujukan ialah kata ganti nama diri orang (pertama, kedua,
dan ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sini, sana dan situ) ang
digunakan bagi merujuk kepada perkataan atau frasa lain.
2. Penanda penggantian
Penanda penggantian ialah frasa nama, frasa kerja, atau klausa yang
menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda
penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausal.
Penggantian nominal ialan penggantian yang dilakukan terhadap kata nama atau
frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata
atau frasa kerja dan penggantian kalusa pula melibatkan penggantian sebahagian
daripada ayat.
a) Penggantian nominal
Contoh:
“Pembuangan
bayi semakin menjadi-jadi terutamanya di bandar besar. Pihak berkuasa harus
bertindak segera untuk mengatasi gejala ini.” (frasa nama)
Untuk menggantikan: pembuangan bayi > gejala ini
b) Penggantian verbal
Contoh:
“Saya sengaja
tidak mahu menebang pokok nangka itu. Nanti baru saya lakukan.
Untuk menggantikan: menebang pokok durian > lakukan
d) Penggantian klausa
Contoh:
“Mereka berkata
bahawa saya tidak akan lulus dalam ujian temuduga itu. Bahawa mereka beranggap
demikian tidaklah menghairankan saya.
Untuk menggantikan: Mereka berkata bahawa saya tidak akan lulus
dalam ujian temuduga itu > mereka beranggapan demikian
3. Penanda leksikal
Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan (kohesi)
antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana.
Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan
kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim,
hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang
secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
a) Pengulangan perkataan yang sama
“Ali berjabat tangan dengan pegawai itu. Adiknya juga berjabat
tangan dengan pegawai itu.
b) Pengulangan sinonim > pengulangan perkataan sama makna
“Saya mendapati doktor itu sangat kacak. Kawan-kawan saya juga
bersetuju bahawa doktor itu amat tampan.
c) Pengulangan hiponim > pengulangan yang melibatkan perkataan
yang umum dan khusus maknanya.
“Penjaja itu menjual pelbagai jenis makanan seperti keropok,
kerepek, kacang dan biskut.
d) Pengulangan kolokasi > pengulangan kata yang kehadirannya
saling berkait.
“Perhijrahan penduduk dari desa ke bandar disebabkan oleh faktor
tarikan dan faktor tolakan.
4. Penanda Elipsis
Penanda ellipsis juga disebut sebagai penanda pengguguran. Penanda
ini melibatkan pengguguran frasa atau perkataan yang telah dinyatakan dalam
ayat yang sebelumnya.
RUJUKAN :
Nur Shazana Ayuni Ahmad Jailani, Christie Shayun Anak Damon, Nurul Nadzirah Jasni & Norazura Yazid (2016). Analisis Wacana. http://analisiswacana2016.blogspot.com/2016/05/tautan-kohesi-dan-runtutan-koheren.html
Rozita Mohamad Yuneh (2022). Model Pengajaran Unsur Tautan (2009) dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Trend, Elemen, dan Faedah. Jurnal Melayu, 21(1), 42-56.
STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA
Menurut Halliday dalam Bloor (1995:66), terdapat dua sistem yang hampir sama yang melibatkan struktur dalam klausa. Yang pertama dikenali sebagai struktur maklumat yang melibatkan binaan yang disebut maklumat lama dan maklumat baru dan yang kedua melibatkan binaan yang dikenali sebagai tema dan rema.
Struktur
Tema
Menurut pendapat Halliday yang dipetik oleh Mohd Rashid Md
Idris (2007), struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan
amanat. Menurut Samad Md. Nasir, struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang
mencirikan klausa sebagai amanat. Menurutnya lagi, klausa sebagai struktur
amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal
sebagai unsur pada kedudukan awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat.
Manakala rema pula adalah yang selebihnya, iaitu bahagian yang mengembangkan
ataupun menerangkan tentang tema.
ST (Struktur Tema) = T (Tema) + R (Rema)
Tema
Tema lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung.
Rema
Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema terletak pada bahagian belakang, yakni selepas tema.
Struktur
Maklumat
Manakala Halliday (1998) menyatakan bahawa struktur maklumat
didefinisikan sebagai suatu proses interaksi antara apa yang telah diketahui
atau boleh diagak dan apa yang baru atau yang tidak boleh diagak. Struktur
maklumat mengandungi unit-unit maklumat yang strukturnya terbina daripada dua
fungsi, iaitu maklumat lama dan maklurnat baru. Maklumat baru merupakan
maklumat yang diandaikan oleh penutur sebagai maklumat yang masih belum
diketahui oleh pendengar. Manakala maklumat lama pula didefinisikan sebagai
maklumat yang diandaikan oleh penutur telah diketahui pendengar sama ada telah
ada dalam teks atau melalui hubungan
wacana. Konsep struktur maklumat Halliday ini turut disentuh oleh Brown dan
Yule (1983). Manakala Crystal (1987:157), mentakrifkan maklumat lama sebagai maklumat
yang telah dibekalkan berdasarkan konteks sebelumnya semasa bertutur, manakala
maklumat baru pula, maklumat yang menambahkan maklumat yang telah sedia ada.
Sanat (
1997) melihat struktur maklumat berdasarkan fungsi. Beliau mendefinisikan
struktur maklumat sebagai organisasi teks atau wacana yang berdasarkan fungsi
maklumat lama dan maklumat baru. Menurut beliau lagi, struktur maklumat
direalisasikan berdasarkan sistem sintaksis dan fonologi. Sato Hirobumi
mengaitkan definisi struktur maklumat dengan kegiatan pertuturan. Tokoh ini
berpendapat bahawa penyampai ataupun penulis selalunya tidak memberi peluang
untuk memastikan maklumat yang hendak disampaikannya itu merupakan maklumat
lama atau maklumat baru bagi penerimanya. Kenyataan ini bermakna bahawa
keberkesanan komunikasi adalah terjejas dan sering terputus-putus sekiranya
penyampai sentiasa memastikan tiap-tiap maklumat yang disampaikannya itu lama
atau baru semasa komunikasi sedang berlaku. Oleh itu, penyampai seharusnya
melakukan tambahan maklumat baru satu demi satu mengenai sesuatu topik melalui
maklumat lama yang sudah diketahui oleh penerima atau pembacanya. Penelitian
struktur maklumat yang dibuat oleh Sato pula (1991) dikaitkan dengan struktur
tema. Beliau mengaitkan struktur maklumat dengan susunan ayat secara logik,
iaitu judul cerita dalam bentuk lahirnya. Tambahnya lagi, dalam menyampaikan
maklumat, penyampai perlu memulakan cerita berdasarkan perkara yang telah ada
dalam pengetahuan penerima, yang disebut sebagai “pengetahuan latar” penerima
maklumat. Dalam hal ini, pengetahuan latar yang telah menjadi milik penerima
dinamakan maklumat lama dan pengetahuan yang telah ditokok tambah oleh
penyampai dinamakan maklumat baru. Beliau telah membahagikan struktur maklumat
dengan dua aspek iaitu maklumat lama (ML) ada 7 penanda iaitu dan maklumat baru
ada 4 penanda:
Maklumat Lama
Kaedah perujukan merujuk kepada
perkara atau hal yang secara langsung dirujuk
melalui teks dan rujukan yang dibuat
itu dan dapat dikenal pasti melalui penggunaan
kata ganti.
Sesuatu unsur yang disebut, kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara sistematik ataupun nahuan.
Dari perspektif nahuannya, kaedah
perulangan seluruh membawa makna perulangan
yang berlaku pada unsur-unsur dalam
wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan
pada kategorinya.
Kaedah perulangan sebahagian ialah
perubahan kategori yang berlaku pada rangkai
kata yang mengulang.
Didefinisikan sebagai berlakunya
penghilangan penyampaian atau amanat penulis. Kaedah ini juga dikenali sebagai
kaedah elipsis.
Kaedah leksikal merujuk kepada
pertalian antara ayat secara semantik. Hal yang
demikian ini bermaksud, setiap ayat
mengandungi ikatan atau pertalian yang
dihubungkan secara semantik.
Penyataan idea yang sama tetapi cara
pengolahannya berbeza.
Maklumat Baru
Merujuk kepada maklumat baru yang
ditambah berdasarkan maklumat lama yang
muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.
Maklumat baru kontrastif pula
merujuk kepada dua atau lebih klausa berbeza dari segi
semantik.
Maklumat baru pemberitaan neutral
merujuk kepada susunan maklumat yang tidak
mengandungi sebarang maklumat lama
yang disediakan dalam peraanggapan
sebagaimana contoh ayat yang dinyatakan.
Maklumat baru merujuk kepada susunan
maklumat yang melibatkan fokus
pembezaannya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul).
RUJUKAN:
Mohd Rashid Md. Idris et. al (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Ikin Hassim, Lau King Siew, & Maria Felcee anak Lee Bass. (2016, April 8). Aspek Kajian Wacana. Wacana Ilmuan. https://analisiswacana-kd1.blogspot.com/p/hasil-Analisis.html
CIRI-CIRI WACANA
Setiap tokoh bahasa mempunyai
pelbagai pendapat terhadap sesuatu ciri-ciri wacana misalnya menurut Mohd
Rashid Md Idris (2004) beliau telah
membahagikan ciri wacana kepada koheren, kohesi, tujuan, maklumat, diterima,
hubungan, andaian dan inferen, gaya dan maklumat tidak berlawanan. Manakala
Asmah Hj. Omar pula dalam artikelnya “Analsis Wacana” pula menyatakan bahawa ciri wacana ada 8
iaitu satuan bahasa terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau
tersusun rapi kesinambungan. kohesi lisan atau tulisan awal dan akhir yang
nyata.
Namun bagi tokoh bahasa Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana- wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca. Jelasnya, ciri-ciri wacana boleh dikatakan ada banyak. Oleh itu, penyelidik akan menyeneraika ciri-ciri wacana yang umum dan selalu digunakan dalam penulisan teks dan pertuturan lisan.
1. Berpautan
Menurut Idris Aman (2010), berpautan
merujuk kepada aspek formal bahasa dalam wacana atau teks. Ianya juga dikatakan
tentang organisasi sintaktik wacana atau teks, iaitu wadah ayat-ayat yang
digembleng secara sepadu dan berkaitan dengan memanfaatkan alat-alat kebahasaan
untuk menghasilkan wacana tulisan ataupun lisan. Dalam erti kata yang
mudah,berpautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik yang
lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Selain itu,
tautan bermaksud kesepaduan dalam tulisan. Keserasian hubungan ini lazimnya
dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan
perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama.
Dengan kata lain,wujudnya pertalian
antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi.
Tautan juga dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan teks
yang lain sehingga membentuk satu kesatuan. Contohnya:
Fiza, Aira dan Sarah
ke Bitarasiswa. Mereka ke sana untuk menyiapakan tugasan kumpulan yang
diberikan oleh cikgu.
Berdasarkan contoh ini, dapat dilihat tautan antara kedua-dua ayat tersebut, iaitu perkataan Mereka merujuk kepada Fiza, Aira, dan Sarah manakala perkataan sana merujuk kepada Bitarasiswa. Kedua-dua ayat tersebut dianggap wacana kerana dapat difahami dan bermakna.
2. Bermaklumat
Setiap wacana mempunyai maklumat.
Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baru.
Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baru
pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau
pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Menurut Idris Aman (2010),
wacana yang baik mesti mengandungi maklumat baru kepada khalayak sasarannya.
Jika khalayak wacana sudah mengetahui maklumat dalam wacana atau teks yang
diutarakan, itu dikira tidak memenuhi ciri ini. Begitu juga jika penerima
wacana tidak memahami maklumat yang terkandung dalam wacana atau teks, perkara
ini turut dikatakan tidak memenuhi syarat “bermaklumat”. Maklumat bukan sahaja
boleh disampaikan secara pemberitahuan langsung, tetapi juga melalui
penceritaan. Contohnya:
1)Puan Asma seorang
guru.
2)Beliau seorang guru
bahasa Melayu.
Dalam contoh di atas dapat dilihat perkataan guru dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan sebelumnya. Guru bahasa Melayu pula ialah maklumat baru kerana baru disebutkan dalam ayat itu.
3. Berkesinambungan
Menurut Idris Aman (2010),
berkesinambungan adalah berkenaan dengan aliran idea terus dalam wacana atau
teks. Secara dasarnya, setiap wacana mempunyai satu idea teras yang menjadi
inti patinya. Aliran idea teras itu dalam ujaran atau ayat atau bahagian wacana
secara sistematik, lancar, bertalian, dan logik itulah yang dikatakan
berkesinambungan. Tidak ada masukkan idea baru yang tidak bertalian. Oleh itu,
kesinambungan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu
dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Sebagai contohnya:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan
idea melalui melalui perkataan Aids,gejala, penyakit dan masalah ini.
Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara
satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana
mempunyai tautan untuk menjadikannya sesuai. Walau bagaimanapun, teks yang
bertaut tidak semestinya sesuai. Sebagai contohya:
Wanita itu membeli
baju baharu berwarna merah jambu. Warna merah jambu adalah merupakan warna
kegemaran golongan remaja perempuan pada masa ini. Remaja kini ramai yang
menghadapi masalah sosial.
Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau sesuai.
4. Bertujuan
Wacana harus ada tujuan yang
tersendiri, yakni pewacana mesti ada tujuan tertentu dalam wacananya, misalnya
untuk mengemukakan maklumat, memberitahu berita, menghujam pandangan, memujuk,
mengubah persepsi, menyata simpati, marah dan lain-lain. Sebagai contohnya
ialah:
Inilah peluang anda
untuk mendapatkan kereta Proton pada harga yang paling rendah. Kunjungilah
pengedar kereta Proton yang berhampiran dan rebutlah peluang ini sebelum
terlambat dan stok masih ada.
Dalam contoh di atas, tujuan
utamanya adalah untuk memujuk orang ramai supaya membeli kereta Proton. Selain
itu, wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya,
jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan, jenis ayat
yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga tujuan penutur adalah untuk
mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Tujuan itu
tidaklah semestinya dinyatakan secara langsung malah boleh juga secara tak
langsung asalkan masih boleh diikuti oleh penerima wacananya melalui unsur-unsur
linguistik yang digembleng dan soal situasi. Contohnya ujaran:
“Kau
jangan merempit, kemalangan nanti!”
Berdasarkan ayat di atas dengan
jelas kita dapat lihat dari segi linguistiknya seperti seseorang sedang
melarang. Tetapi situasinya, setelah dilarang berkali-kali, si anak masih juga
merempit dan kebetulan kemalangan dan kemungkinan si ibu akan mengujarkan
“Hah merempitlah lagi!”
Ujaran kedua ini bukan bertujuan menyuruh tetapi memarahi anak.
5. Berkonteks
Penghasilan sebuah wacana memperkirakan konteks dan situasinya. Konteks penting kepada sesuatu wacana atau teks bagi menghasilkan tekstualiti. Konteks memberi kefahaman dan kebolehterimaan kepada sasarannya. Gambaran konteks dalam wacana, membantu penerima wacana memperolehi maksud wacana berkenaan dengan lebih mudah. Tanpa konteks mungkin membuatkan penerima tercari-cari atau tertanya-tanya akan maksud wacana. Selain tu, berkonteks ini merupakan latar sewaktu bahasa itu digunakan dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Misalnya, ungkapan “sila masuk” difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seseorang masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-harian terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar membeli belah, latar berekreasi, latar beribadah dan banyak lagi. Setiap latar menghasilkan wacananya yang tersendiri. Ada dua jenis konteks, iaitu konteks linguistik dan konteks bukan linguistik atau eksperiensial. Konteks linguistik adalah aspek bahasa yang melatari atau membentuk wacana. Konteks bukan linguistik adalah konteks cara wacana berfungsi atau berlangsung. Ini termasuk jenis peristiwa yang melatarinya, iaitu seperti jenaka, cerita, kuliah, ucap selamat dan sebagainya. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal.
Gaya formal: Wujud apabila seorang guru pelatih berkomunikasi dengan
pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru.
Gaya tidak formal: Wujud dalam hubungan biasa antara rakan.
Dalam hubungan tidak formal ianya
akan menghasilkan kesan dialek sosial, slanga, percampuran kod dan pelbagai
lagi mengikut pengaruh di sekeliling penutur dalam pertuturan.
INTERTEKS
Interteks adalah merupakan pengetahuan sedia ada pada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang diperkatakan tahap penerimaan semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya menghasilkan interteks. Interteks juga perlu mempunyai pertalian. Dalam sesuatu ayat atau perenggan, ayat sebelumnya atau perenggan sebelumnya mempunyai maklumat yang diperkatakan sebagai interteks. Interteks boleh dilihat melalui ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan serta buku dengan buku. Contoh seperti di bawah:
Kereta itu berwarna kuning. Ali memandu kereta itu.
Contoh di atas menunjukkan ciri interteks. Melalui ayat kedua, kita mengetahui Ali memandu kereta berwarna kuning melalui pernyataan ayat yang pertama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ciri-ciri wacana tersebut perlu ada dalam memastikan wacana itu ialah wacana yang baik. Kelima-lima ciri wacana ini memainkan peranannya yang tersendiri dalam membentuk dan menghasilkan wacana. Namun demikian, ciri yang paling penting dan asas bagi wacana adalah berkesinambungan dan berpautan. Malah, dalam analisis wacana, ciri perpautan telah mendapat perhatian lebih pengkaji. Selain itu, bukan semua ciri-ciri tersebut dipertimbangkan untuk setiap analisis wacana.Pertimbangan kepentingan sesuatu ciri wacana terletak pada tujuan analisis. Misalnya, intertekstual diberi perhatian untuk analisis tipologi teks, dan keterimaan untuk analisis normatif , seperti mengetahui „apakah ciri teks yang baik?.‟ Oleh hal yang demikian, ciri-ciri wacana ini sangat penting dalam penghasilan suatu perkara, yakni tulisan mahupun lisan. Ia boleh digunakan berdasarkan konteks dan tujuan analisis. Sekiranya ciri-ciri ini tiada, maka ia bukanlah wacana.
RUJUKAN:
Mohd Rashid Md. Idris et. al (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.