Model Tautan Pindaan
Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan
perkataan 'pindaan' telah mengalami beberapa proses seperti penyusunan semula,
tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistematik (systematic
theory) yang terdapat pada model asas, iaitu Model Halliday dan Hasan
(1976). Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama
iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat.
Tautan perulangan menunjukkan ciri sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang atau dari segi makna unsur itu yang berulang atau kedua-duanya sekali. Tautan kolokasi pula tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang dari segi bentuk dan makna. Tautan Penghubung Ayat pula berfungsi untuk menghubungkan antara unsur linguistik, iaitu unit teks sebelum dengan yang sesudahnya. Menurut Sanat Md. Nasir (2002), penghubung itu sendiri bukan unsur tautan tetapi berfungsi menghubungkan unsur tautan. Hal ini berdasarkan kriteria makna, penghubung ayat dapat dijeniskan kepada lima. Berikut merupakan rajah Model Tautan Sanad Md. Nasir (2002):
Model
Halliday & Hasan (1976)
Menurut
Halliday & Hasan (1976), tautan dianggap sebagai konsep semantik yang
merujuk kepada hubungan makna yang terdapat dalam teks. Hubungan yang demikian
berfungsi untuk mendefinisikan teks.
“Tautan
merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu
teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976).
Menurut
Halliday & Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata
organization of language. Language can be explained as a multiple coding system
comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the
lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression).
Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn
(recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put
into wording and wording into sound or writing."
Halliday
dan Hasan juga telah melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan
nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan
teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat
bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang
terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan,
kepaduan dan sebagainya. Halliday dan Hasan (1976) menjeniskan tautan kepada
lima unsur, iaitu rujukan, penggantian, elipsis, penghubung, dan tautan
leksikal. Aliran ini banyak mendominasi bidang analisis teks atau analisis
wacana khususnya dalam aspek kohesi dan koheren. Berikut merupakan rajah Model
Tautan Halliday & Hassan (1976):
Teori
Atqakum
Sanat
Md. Nasir dalam Mohd Rashid et.al, (2012:28) mengemukakan pendapatnya berkaitan
dengan teori tatabahasa wacana. Teori Atqakum diperkenalkan oleh Sanad Md.
Nasir. Hal ini dikatakan demikian kerana baginya teori bahasa yang telah wujud
di negara kit aini tidak mempunyai asas yang kukuh. Oleh itu, beliau menyatakan
bahawa tatabahasa yang kukuh harus memperlihatkan hubungan makhluk dengan
Penciptanya (Khaliqnya). Teori ini juga mempunyai makna yang khusus,
iaitu merujuk kepada makna bertakwa. Oleh itu, teori ini sangat menitikberatkan
agar penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di
sisi Allah SWT.
Seterusnya,
konsep ‘allama’ dalam teori ini memperlihatkan bahawa bahasa perlu
berfungsi untuk mengajar, iaitu oleh Allah kepada manusia. Hal ini dikatakan
demikian kerana sesuai dengan fitrah manusia yang lemah dan jahil. Teori
Atqakum ini juga mempunyai unit tatabahasanya, iaitu konsep yang lebih
menyeluruh yang dikenali sebagai ‘Wacana Plus Plus’. Hierarki atau tatatingkat
yang terdapat dalam tatabahasa wacana plus plus iaitu, bermula dengan sesuatu
yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir
dengan wacana plus plus, serta yang termasuk oleh hal yang tidak terjangkau
oleh fikiran manusia. Teori ini merujuk kepada segala penulisan yang harus
bermatlamat untuk bertaqwa dan mengajar manusia ke arah kebaikan.
RUJUKAN
Mohd Rashid Md. Idris et. al (2012). Tatabahasa
Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Muhammad Hisyam Haliah dan Ab. Razak Ab. Karim (2019).
Kohesi dalam warkah sosial Melayu abad ke-17 hingga abad ke-19. Jurnal
Bahasa, 19(1), 139-168.
Rozita Mohamad Yuneh (2022). Model Pengajaran Unsur
Tautan (2009) dalam Pendidikan Bhasa Melayu: Trend, Elemen, dan Faedah. Jurnal
Melayu, 21(1), 42-56.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan