PENGENALAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian semua. Blog ini dibina oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu daripada Kumpulan B kursus BML3092 Analisis Wacana Bahasa Melayu. Pembinaan blog ini adalah sebagai salah satu syarat untuk lulus kursus ini. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan segala komen dan cadangan penambahbaikan daripada anda semua.
Seperti yang telah diketahui, kajian analisis wacana atau 'discourse analysis' merupakan salah satu kajian yang sudah tidak asing lagi dalam bidang linguistik. Kajian dalam bidang ini merupakan kajian yang agak kompleks kerana wacana itu merupakan tingkat tatabahasa yang paling tinggi selepas ayat. Wacana ialah sebuah teks yang utuh dan mempunyai makna yang lengkap. Bagi memahami ilmu wacana dengan lebih mendalam, sila 'terokai' pengisian blog yang kami sediakan ini dengan baik.
Selain itu, anda semua dijemput untuk memberi komen dan cadangan penambahbaikan untuk menghasilkan sebuah medium akademik yang lebih baik. Anda juga boleh berkongsi pengetahuan anda berkenaan wacana di ruang komentar. Hal ini sekaligus dapat membantu kami untuk menambah maklumat-maklumat baru dalam medium akademik yang akan datang.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kerana telah berkunjung ke blog kami!
Terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan